sejak saya berforum dan menjadi ahli rxz malaysia,saya dapat melihat banyak masalah dalaman yang kita alami. setakat ini, sudah 2 orang user yang di banned. Jika kita perlihatkan permasalahan ini,kebanyakannya berpunca dari beberapa faktor.
senarai dibawah adalah masalah2 yang di alami
a) unknown user / pengguna hantu
b) pure kaki forum
c) tukang provoke
d) tiada kata sepakat
e) yang lain2,boleh saudara2 semua fikirkan sendiri
Punca-punca masalah yang dikenal pasti
a) tiada verification untuk register sebagai ahli
b) ahli tidak aktif dalam forum dan aktiviti kelab
d) tiada maklumat lanjut mengenai ahli forum
e) tiada inisiatif dari ahli kelab untuk mengenali lebih rapat rakan2 dari zon sendiri dan zon lain2
Bagi pendapat saya, masalah ini mungkin (take note on the word "mungkin") dapat diselesaikan dengan;
a) mewujudkan satu thread baru untuk ahli kelab rasmi yang mana akan merangkumi butiran2 lanjut seperti
- Gambar ahli kelab tersebut
- No telefon yang aktif dan sedang digunakan
- email / facebook
- lokasi terkini (memudahkan mod2 untuk menghubungi ahli zon masing)
b) memperkukuhkan ahli setiap zon
- mewajibkan ahli2 zon masing untuk menghadirkan diri pada sesi teh tarik (2x sebulan sudah memadai)
- mod harus memainkan peranan besar dengan memastikan tempat2 sesi TT, tarikh serta waktu (haruslah mendapat persetujuan dari ahli2 zon masing)
c) mendapat kata persetujuan ramai untuk setiap event yang di rancang.
- sedia maklum,kebanyakan ahli jarang on9 di forum,so, the best way is to keep them updated through our fan page and fb group.
d) menilai semula ahli2 yang aktif dan tidak aktif
- lebih baik jika bilangan kita sedikit di dalam forum, yang penting adalah hubungan erat sesama ahli kelab
- admin diharap dapat revise ahli2 yang aktif@tidak, dan suspend/delete account yg tidak aktif
- memperketatkan syarat untuk memasuki forum
sekian pendapat saya. harap maaf jika pendapat saya tidak dapat diterima akal.wassalam